top of page
Pada kali ini ialah slot yang best apabila kami dapat bermain satu permainan yang boleh dikatakan agak mencabar. Permainan 'Tin Kosong' ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Disebabkan kami mempunyai classmates yang ramai jadi panjanglah satu line untuk satu kumpulan.
Seorang wakil kumpulan perlu membaca satu ayat dan menghafal seterusnya membisikkan kepada rakan kumpulan masing-masing.
Ayat yang kami terima itu agak panjang dan sukar untuk disebut dan itulah cabaran permainan Tin Kosong ini.
Dengan permainan ini, saya dapat pengajaran bahawa kita perlu bekerjasama tidak kira dengan siapa pun rakan kita. Kerjasama yang produktif akan menghasilkan keputusan yang membanggakan untuk kebaikan bersama.
bottom of page